Kehamilan merupakan satu proses yang dinanti-nanti oleh pasangan yang sudah berkahwin. Agak-agak 300 juta sperma akan masuk ke uterus(rahim). Biasanya, hanya satu sperma yang sihat akan bergabung dengan ovum untuk membentuk embrio. Rupanya lelaki sejak dulu sudah pandai berenang :p
Langkah-langkah untuk hamil
1. Wanita perlu mengeluarkan telur(ovum) daripada salah satu ovarinya ( ovulasi )
2. Ovum tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim )
3. Sperma lelaki pula perlu melalui vagina, lepas itu ke uterus, dan ahkir sekali bergabung
dengan ovum dalam saluran fallopian
4. Ovum yang telah disenyawakan itu perlu melekat pada dinding uterus
Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.
Cubalah pula petua @ amalan ini....
1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.
InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.
Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.
Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...
Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

.jpg)

No comments:
Post a Comment