Seringkali kita terdengar beberapa rungutan
ibu-ibu hamil yang mengalami kekejangan kaki pada waktu malam. Kekejangan kaki
/ betis sering berlaku semasa trimester kedua dan
ketiga. Ianya dikatakan
berlaku kerana terdapat asid yang terkumpul di dalam serat otot kaki kita.
Kekejangan ini seringkali menyerang sewaktu kita dalam keadaan tidur. Ianya bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila waktu tidur lena
kita dikejutkan dengan kesakitan yang berlangsung beberapa minit.
1.
Kekurangan nutrien dan
garam sepertikalsium dan magnesium di dalam darah. Sepertimana yang kita tahu, sewaktu mengandung /
hamil, kita seringkali mengalami kekurangan nutrien sekiranya kita tidak
menjaga permakanan berikutan kita berkongsi nutrient bersama si manja yang
berada di dalam kandungan. Nutrien yang dikongsi akan diambil dan menyebabkan
ibu memerlukan lebih nutrien sewaktu hamil.
2.
Uterus (rahim) yang semakin membesarsejajar dengan perkembangan si manja di dalam
kandungan, situasi ini memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki kita.
3.
Perubahan
hormon ketika hamil iaitu
progesterone, kadang kala memberi kesan kepada otot kaki kita semasa hamil.
4.
Perut yang semakin
membesar dan bebanan berat yang semakin meningkat ketika hamil juga
membuatkan otot kaki kita lebih cepat letih sekiranya berdiri dan berjalan lebih lama.
Bagaimana cara untuk melegakan kesakitan apabila
mengalami kekejangan seperti ini?
·
Buat
regangan kaki (stretching) dengan
menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur
kurang.
·
Bantuan suami boleh
diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.
·
Jalan perlahan-lahan
sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Cara untuk mencegah atau mengelakkan berlakunya
kekejangan kaki boleh dilakukan seperti berikut;
1. Lakukan senaman ringan / regangan kaki sebelum
tidur bagi memastikan peraliran darah serta kaki dalam keadaan lebih istirehat.
Antara senaman ringan yang boleh dilakukkan ialah;
a. Senaman Regangan Betis – berdiri satu meter (1m) daripada dinding dan
unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan rapat ke dinging serta
pastikan tapak kaki benar-benar melekap di lantai. Tahan selama lima saat dan
ulang selama lebih kurang lima minit. Lakukan beberapa kali sehari bagi
meregangkan betis.
b. Senaman Tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki menjurus ke bawah lantai dan bergilir
membengkokkan kaki ke atas selama 30 kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan
pastikan posisi anda alam keadaan selamat.
2. Tidur dengan posisi yang tidak memberikan
tekanan kepada otot betis seperti;
a. Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki anda ketika tidur
melentang.
b. Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke
bawah.
3. Mandi dengan air suam atau rendamkan kaki dengan air suam selepas
penat bekerja sepanjang hari.
4. Minum air mencukupi setidak-tidaknya 6-8 gelas sehari, begitu juga
sebelum tidur.
5. Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan amalkan pemakaian kasut yang sesuaiuntuk menampung berat badan yang semakin
bertambah.
6. Perbanyakkan makanan yang kaya dengan kalsium,
potasium dan magnesiumseperti
pisang dan produk-produk tenusu.
Selepas kita mengetahui punca dan cara mengatasi
masalah kekejangan kaki ini, kita hendaklah memastikan diri kita dalam keadaan
sihat, tenang dan sentiasa mengamalkan diet yang seimbang serta minum yang
mencukupi. Kehamilan ini merupakan saat yang indah kerana kita membawa permata
hati yang semakin sihat membesar di dalam perut kita yang dibawa bersama-sama
selama sembilan (9) bulan lebih. Kita hendaklah memastikan kesihatan dan
keselesaan ketika hamil dititikberatkan bagi memastikan waktu hamil ini
merupakan satu saat yang terindah dan memberikan 1001 cerita yang penuh
kesyukuran.
Sekiranya ibu-ibu diluar sana mencari apakah
produk yang boleh membantu memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan kepada anda ketika hamil, SHAKLEE ada menawarkan
produk yang diberi nama OSTEMATRIX. Ostematrix boleh membantu membekalkan tambahan
kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda, Dengan sebiji tablet ostematrix
ianya bersamaan dengan segelas susu tinggi kasium atau bersamaan 80 biji buah
badam.
Mari kita lihat apa kata mereka yang telah
menggunakannnya.
2nd -
Tiada lagi sakit-sakit belakang!
4th -
Tiada lagi lenguh2 kaki, dan sakit tumit. Membantu penghasilan susu juga !
Haaa.. banyakkan kebaikan yang diperolehi dari
pengambilan Ostematrix. Faedahnya bukan terbatas kepada ibu-ibu mengandung
sahaja, malah ibu yang menyusukan, wanita-wanita dan lelaki-lelaki dilu ar sana
semuanya boleh mengamalkannya. Bukan setiap dari kita memerlukan sumber kalsium
untuk memastikan kesihatan kita ditahap yang terbaik.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan
mengetahuidengan lebih lanjut mengenai Ostematrix ini, anda boleh menghubungi
saya di 017-9721062 atau add FB saya Fazillah Jie atau
like fanpage saya mommy hadif vita's. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada
saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang
berkesan.Konsultansi
percuma akan disediakan kepada pembeli di nfvitashop.blogspot.com. Terima kasih
^_^.
.jpg)







No comments:
Post a Comment