Saturday, 11 January 2014

5 cara hindari perut buncit


Assalamualaikum..hye semua! pada hari ni juga saya nk kongsi pasal cara-cara hindari perut buncit! opss! mst ramai yang terasa kan...haha! cara-cara ni boleh diamalkan mahupun lelaki atau perempuan..x elok lah perut buncit ni..Boleh timbul macam2 penyakit uollsss....JOM BACA MACAM MANA CARA NAK ELAK! ~


Memiliki perut buncit pastinya mengganggu penampilan. Bukan itu sahaja, perut buncit juga menandakan risiko kesihatan yang biasanya dikaitkan dengan obesiti ..ohH! tidak!..korang mesti tak nak obesiti kan...so, mari ikut lima tip ini :-

1) Ambil serat larut secara teratur.
-Memastikan antara 30-35 peratus daripada makanan yang dimakan merupakan serat larut.
-Kajian mendapati bahawa individu yang lebih banyak mengambil serat larut mengalami pengurangan lemak perut daripada masa ke semasa.
-Sumber yang baik bagi serat larut ialah telur, kekacang, kacang soya dan buah-buahan.

2) Rajin berolahraga.
-Pastikan latihan yang dilakukan seimbang dengan mencakupi latihan beban dan kardio.
-latihan kardio seperti joging, tenis dan lompat tali.Ia berguna untuk membakar lemak.
-Pastikan anda melakukan latihan secara teratur pada waktu pagi atau petang.

3) Banyak minum air putih.
-Mengambil air putih 8 gelas sehari.
-Air putih berguna untuk mengeluarkan racun di dalam badan di samping menyeimbangkan kadar metabolisme tubuh.
-Minum air putih sebelum makan membantu mengelakkan anda makan terlalu banyak.

4) Makan banyak buah-buahan
-Buah limau bali,tembikai,oren,lemon dan kiwi boleh mencegah perut buncit.
-Jus buah-buahan boleh menjadi pilihan cuma jangan ditambah pemanis.

5) Makan makanan sihat.
-Masukkan beberapa variasi makanan lain seperti badam, anggur,epal,yogurt rendah lemak dalam menu makanan sihat anda..

# Diharapkan info yang diberikan dapat memberi manfaat 

dalam masa yang sama uolls jgk boleh amik supliment untuk kurangkn @ hilangkn perut buncit uollss.lagi titop results nye....hihihi..sy suka s suka..

meh2 baca sini

No comments:

Post a Comment